Kisah ni berlaku di masjid berhampiran pagi hari minggu, minggu lepas. Program biasa di masjid pada hari minggu ialah kuliah subuh. Sejak berlaku perubahan pentadbiran masjid (nazir dan lain-lain jawatan), memang ramai ustaz-ustaz yang sebelum ini belum pernah datang berkuliah di sini, dijemput. Bagi saya ini adalah suatu perubahan yang baik, menambahkan lagi peluang ahli qari'ah untuk menuntut ilmu. Ustaz-ustaz yang dijemput pula memang bukan calang-calang ustaz. Sambutan dari jemaah yang hadir juga nampaknya sangat baik. Masjid boleh dikatakan 'penuh'. Kali ni ustaz yang dijemput untuk menyampaikan kuliah subuh seorang ustaz muda yang masih menuntut di luar negara. Walaupun masih menuntut, tapi dari segi keilmuannya dan penyampaiannya, boleh tahan hebatnya.
Sedang ustaz tu memulakan kuliahnya, tajuk yang menjurus kepada tajuk 'kezaliman', dengan bercontohkan perlakuan pihak polis dalam kejadian demontrasi Bersih, yang berlaku baru-baru ini, sedang para pendengar khusyuk mendengar penjelasan ustaz tersebut, tiba-tiba seorang pakcik yang agak berumur, dengan tak semena-mena memotong cerita ustaz, meminta ustaz berhenti dari meneruskan cerita tentang demontrasi tersebut. Apa yang dicakapkan oleh pakcik tu, tidaklah jelas sangat ke telinga saya, tapi nada cakapnya semakin meninggi menyanggah cerita ustaz. Sangat tak setuju dia bila ustaz memberi contoh perbuatan polis semasa demontrasi Bersih adalah zalim. Beberapa minit juga pakcik dan ustaz tu bertegang leher. Ada 3-4 orang nampaknya menyokong pakcik tersebut, menyampuk dari belakang. Nazir masjid yang cuba menenangkan keadaan, juga menjadi mangsa cercaan dari bekas nazir. Paling memalukan, seorang jemaah bangun berdiri dan mengeluarkan kata-kata yang sangat tidak patut di dalam majlis ilmu seperti itu. Orang tua tu nampaknya tidak sedikit pun mempunyai rasa hormat kepada ustaz jemputan tersebut. Memang perbuatan yang sangat memalukan. Dia tidak langsung menghormati majlis ilmu tersebut, dan dia tidak sedar bahawa dengan perbuatannya itu, dia bukan saja tidak menghormati ustaz tersebut, malah tidak menghormati para jemaah yang lain. Mungkin dia fikir orang akan bersetuju dengan perbuatannya itu, mungkin dia fikir dia la yang paling cerdik kat situ, entah la. Yang jelas, hanya mereka 4-5 orang tu saja yang begitu, jemaah tekun mendengar kuliah dari ustaz.
Mereka yang tersebut itu sebenarnya adalah antara orang yang selalu datang ke masjid tu, bekas ajk, bekas nazir (mungkin ada yang masih ajk).
Orang tua yang menengking ustaz tu kemudiannya terus keluar masjid. Selepas tu ustaz tadi meneruskan kuliahnya sampai sejam. Jemaah lain terus setia mendengar sampai tamat kuliah. Nampak sangat yang tidak bersetuju tadi hanya beberapa kerat. Kalau betul pun tidak sebulu dengan ustaz tu, tak perlu la bangun menengking ustaz, menghalau ustaz dari tempat duduk penceramah. Kalau sakit hati sangat, bangun dan balik terus, kan lebih elok begitu. Mungkin orang tua tak sedar, perbuatannya tu bukan ada apa-apa faedah pun, selain dari memalukan diri sendiri, menambah musuh yang tak perlu. membangkitkan kebencian oarng kepadanya. Yang kita terkilan, dia tu haji, selalu pergi masjid pulak tu.
Kepada ustaz tersebut, banyak banyakkan bersabar, itu sebahagian daripada dugaan yang mesti ditempuh sebagai seorang pendakwah. Jangan berkecil hati dengan perbuatan segolongan kecil orang yang masih tertutup pintu hati mereka. Sesungguhnya inilah jalan yang ditempuh oleh setiap pendakwah sejak berzaman, sejak dari zaman dakwah Rasulullah s.a w.
No comments:
Post a Comment