Bukanlah saya ni pandai sangat tentang agama. Tapi bila lepas solat jemaah di masjid, mendengar imam masjid ni mengetuai wirid para makmum dan seterusnya membaca doa diaminkan oleh makmum semua, rasanya memang ada yang tak kena. Berwirid dan berzikir beramai-ramai ni ada yang kata bida’ah, tapi bagi saya takla sampai ke tahap tu kalau kita tahu hukumnya yang sebenar. Yang jadi bida’ah kalau kita beranggapan bahawa wirid dan doa beramai-ramai selepas solat itu memang sunnah Nabi s.a.w. Padahal Nabi s.a.w beriwirid dengan suara yang kuat itu semata-mata untuk mengajar sahabat sahabatnya bacaan wirid tersebut. Selepas itu baginda tidak lagi berwirid dengan suara yang kuat dan “memimpin” wirid para makmun seperti pak imam sekarang. Masing masing wirid sendirian. Kadang kadang selepas solat Nabi terus berpaling kepada para sahabatnya dan terus bercakap, tanpa wirid.
Begitu juga berdoa. Tempat doa itu sebenarnya di dalam solat iaitu semasa bersujud atau selepas tasyahhud akhir sebelum memberi salam. Sebagaimana disebutkan dalan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam sahihnya: “Paling dekat hamba dengan Tuhannya ialah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud”.
Yang jadi bida’ah bila kita beranggapan amalan berwirid dan berdoa beramai ramai seperti yang dilakukan di masjid masjid sekarang ini adalah sunnah Nabi s.a.w.
Berbalik cerita imam tadi. Bacaan doa pak imam masjid tadi sangat la laju sekali. Saya tidak pasti la dia faham atau tidak isi kandungan doa tersebut (harap harap faham la), tapi kalau macam tu la lajunya kita bercakap dengan seseorang, maka orang yang mendengarnya memang susah nak faham. Perlu diingat, doa ini adalah permohonan kita kepada Allah, rayuan kita kepada Allah, jadi bayangkan kita bercakap dengan Tuhan dengan laju macam tu, masyaAllah!. Para makmum yang mengaminkannya boleh faham ke doa tu? WalLahu’alam.
Lebih malang lagi, timbul pula kes makmum yang berwirid dan berdoa bersama imam tadi memandang orang yang tak mahu berwirid bersama mereka, sebalik terus solat sunat itu dengan pandangan yang sinis, terpengaruh dengan wahabi dan sebagainya, masyaAllah! Pernah saya semasa mendengar khutbah jumaat, khutbah yang kedua, saya memang tidak menadahkan tangan semasa khatib berdoa di dalam khutbah tu, ada jemaah yang duduk sebelah memandang saya dengan pandangan yang, entah la, berlainan sekali, mungkin padanya saya ni begitu jahil sekali hingga tidak tahu masa berdoa itu mesti ditadah tangan. Dia seolah olah memberi isyarat supaya saya menadahkan tangan. Saya cuma diam dan senyum sikit, dari hujung mata saya tengok dia macam mengeleng geleng kepala. Tak tahu apa yang bermain di fikirannya. Sekali lagi saya tegaskan bukan la saya ni orang yang pandai, tapi kita kena ingat supaya tidak mudah membuat tanggapan serong, padahal perbuatan kita sendiri belum pasti akan dalil dan hujahnya, cuma ikut ikutan.
No comments:
Post a Comment