Apakah dengan gaji kurang dari RM3000 sebulan, maka bemakna kita akan hidup bergantung kepada hutang? Beli kereta, bayar loan rumah, bil-bil setiap bulan, keperluan dapur, persekolahan anak-anak, bayar pengasuh anak dan lain-lain. Semalam saya beli baju raya anak-anak dan anak buah, wow! terkejut, RM300++. Itu bukannya berapa helai sangat. Betapa rendahnya nilai duit sekarang. Cukupkah saudara ke pasar malam berbekalkan RM50? Kalau niat nak beli barang dapur dengan RM50 tu apalah sangat yang boleh dibeli. Inilah tekanan hidup yang terpaksa dilalui oleh golongan berpendapatan rendah seperti saya. Setiap perbelanjaan mesti difikirkan berulangkali. Bukan sahaja barang yang kurang perlu mesti dilupakan, kadang-kadang yang memang diperlukan pun terpaksa dilupakan. Mana yang boleh dipotong, potong saja. Saya baru je potong Astro, yang baru naikkan harga pakejnya. Walaupun minat sangat nak tengok bola dan sukan-sukan lain di saluran ESPN, StarSport dll, tapi terpaksa potong untuk jimat belanja bulanan. Lebih kurang setahun lepas apabila anak saya yang ke-4 lahir, saya pasang aircond memandang cuaca masa tu sangat panas, sekarang ni kena hadkan berapa jam on aircond, biasanya 2-3 jam je sehari, kalau tidak bil letrik akan melambung.
Bulan puasa ni mungkin belanja makan sehari jimat sikit. AlhamduliLlah. Mungkinkah elok jika kita teruskan juga berpuasa dalam bulan-bulan lain? Supaya jimat belanja. Ya, puasa 2-3 hari seminggu, kurang2 hari Isnin dan Khamis. Tu kan sunnah nabi. Dapat pahala lagi... amacam? Tu cadangan je.. Ke korang memang dah sedia puasa hari Isnin Khamis? Bagus la kalau gitu...
Jimat bulan puasa ni di'balance'kan dengan belanja untuk hari raya. Jadi kira-kiranya sama la jugak. Duit habis buat persiapan raya pulak. Walaupun dah kira berjimat, tapi habis la jugak gaji. Nasib baik jugaj kerajaan sudi bagi bonus raya untuk kakitangan awam, tu pun setengah bulan gaji, nak kira cukup, mana cukup, tapi kira ok la, syukur.
Lambatnya rasa menunggu setahun lagi, masa tu hutang kereta dah habis, mungkin rasa lega sikit. Atau mungkin masa tu harga gula, minyak kereta, minyak masak, bil api, bil air dan lain-lain semua dah naik lagi?
No comments:
Post a Comment