Ramai yang mengambil peluang cuti hari Sabtu untuk keluar membeli belah, persiapan untuk menyambut hari raya nanti. Barangan tumpuan tentulah baju-baju raya untuk anak-anak. Rasanya rumit jugak memilih baju raya untuk anak-anak ni. Mula-mula nak pilih yang sesuai, cantik dan berkenan, nak bandingkan harga yang termampu, memilih saiz yang betul dan macam macam lagi. Akibatnya masa yang dihabiskan di pusat membeli belah itu jadi lebih lama daripada biasa. Kalau biasa membeli barangan dapur, masa dua jam untuk membeli banyak barang, tapi bila pilih baju raya ni, dalam dua jam tu baru berapa helai yang dapat dipilih, lebih lebih lagi yang punya ramai anak macam saya. Anak saya empat orang (ramai ke?).
Dari lebih kurang pukul 1 tengah hari, mencecah pukul 5 petang. 4 jam! Kalau saya datang sendirian tentu tak selama ni, tapi bab memilih baju ni saya surrender la, bagi jalan kat isteri. Dia yang lebih maklum. Ramai lelaki macam tu rasanya. Kita ni tukang angguk je.
Mahu tak mahu terpaksa la cari tempat solat kat pusat membeli belah tu. Sebenarnya dah lama jugak saya tak pergi shopping mall tu. Tapi masa mula sampai tadi saya dah terpandang signboard surau. Jadi tak risau sangat untuk berada di situ lama lama. Shopping kali ni memang akan makan masa lebih lama dari biasa, saya dah jangka. Jadi memang dah bersedia dari segi mental. Dulu memang saya pernah solat kat situ, tapi rasanya selepas tu surau tu dah ditutup, sebab tu la saya dah lama jugak tak ke shopping mall tu. Masuk je dalam surau tu saya rasa teruja jugak. Agak gembira saya tengok kat situ ramai jugak orang sedang solat. Ramai yang keluar masuk surau tu. Agaknya dari mula waktu zohor tadi macam tu keadaan di situ. Yang dah selesai solat keluar sambung membeli belah, berganti dengan yang baru nak bersolat. Nampak meriah je surau tu. Saya senang hati sekali melihat situasi begitu. Syukurlah, ramai lagi dari umat Islam di sini yang tak melupakan kewajipan bersolat walaupun berada di mana-mana. Dari orang ramai yang bersolat tu saya lihat terdiri dari pelbagai peringkat umur, ada yang umur pertengahan, remaja, ada juga kanak kanak, alhamduliLlah.
Kita berterima kasih kepada pemilik pusat membeli belah yang menyediakan tempat yang sesuai untuk orang ramai menunaikan solat. Ini menunjukkan mereka peka akan keperluan asas umat Islam, yang mesti dilakukan meskipun sibuk berurusniaga. Selain giat mempromosi barangan jualan mereka, tempat solat yang disediakan itu sebenarnya telah menjadi suatu bentuk promosi yang agak berkesan juga. Ya, sudah tentu jika orang Islam mahu keluar ke satu pusat membeli belah, untuk jangka masa yang agak lama, semestinya mereka memikirkan juga akan tempat di mana mereka boleh bersolat dengan mudah.
Jadi dalam kesibukan kita membeli belah nak sambut hari raya ni, diharap semua masih tetap akan menunaikan solat yang menjadi rukun dalam agama kita. Jangan sesekali memandang mudah akan kewajipannya. Sebelum memilih pusat membeli belah yang sesuai, pastikan di situ ada kemudahan untuk kita menunaikan solat. Kepada yang sentiasa menjaga solat masing-masing, tahniah setinggi-tingginya, kekalkan istiqamah!
No comments:
Post a Comment