
Walaupun beliau seorang pemimpin besar, tidak hanya bagi bangsanya, tetapi juga untuk seluruh umat manusia yang mencintai keadilan, Muhammad Ali Jinnah hidup dalam keadaan serba sederhana. Namun beliau tetap menjaga kewibawaan selaku pemimpin bangsa yang beradab dan maju, dengan kesempitan yang dialaminya tidak menjejaskan pengurusan dan kewibawaan pimpinannya seperti yang diajar oleh agamanya. Dia boleh dijadikan contoh yang paling baik bagi para pemimpin dunia lain.
Beliau pernah mengatakan bahawa dunia ini cukup untuk memenuhi keperluan seluruh umat manusia tetapi tidak pernah cukup untuk memuaskan keserakahan hanya seorang anak Adam. Maknanya negara harus ditadbir dengan berhemah supaya kesejahteraan hidup dapat dikecapi oleh seluruh rakyat, bukan hanya dinilai berdasarkan pendapatan per kapita, yang sebenarnya hanya mencerminkan ketidakadilan yang berleluasa. Apalah gunanya pihak pemerintah berbangga dengan pendapatan per kapita sehingga RM10K(sebagai contoh), tetapi majoriti rakyat masih bergaji di bawah RM1000? Tidakkah angka itu hanya menggambarkan bahawa kekayaan negara hanya dibolot oleh sebahagian kecil sahaja?

No comments:
Post a Comment