Tuesday, 16 August 2011

Kebersihan sebahagian daripada iman...

Dalam suatu perjalanan anda rasa perlu ke tandas, maka anda pun carilah tandas awam yang ada tepi jalan. Biasalah, sama ada tandas pam minyak, masjid atau surau, ataupun di hentian rehat terdekat. Masuk je tandas tu anda rasa nak termuntah! “Ya Allah teruknya tandas ni”.
Tentu ramai dari kita yang pernah lalui pengalaman macam tu kan? Maaf saya cuma buat andaian, tapi itulah yang saya sendiri alami, tapi sekarang saya takla terkejut sangat kalau termasuk dalam tandas yang teruk macam tu sebab dah bersedia dari segi mental. Tandas awam yang terlalu kotor sudah jadi macam lumrah dalam masyarakat kita. Mari kita perincikan satu satu:
a.    Tandas masjid/surau
Dari pengalaman saya, tandas masjid la paling teruk sekali (bukan semua masjid). Kalau nak dikata entah di mana silapnya, tak tepat, kerana sebenarnya kita tahu puncanya. Ada ke AJK khusus untuk jaga kebersihan tandas tu? Takda kan. Yang ada cuma tok siak yang membantu pengurusan masjid tu secara umum.  Terima kasih la kepada siak-siak masjid seluruh negara yang kerja dengan ikhlas, semoga Allah memberi ganjaran yang lumayan untuk anda. Mana boleh ditingkatkan, contohnya kebersihan tandas, lebihkanlah usaha sedikit je lagi.
Apa hal pulak para jemaah masjid? Ada ke peranan yang anda mainkan untuk sama-sama membantu menjaga tandas masjid? Adakah cuma tolong tengok je? Apalah salahnya ringankan tulang sikit, tolong basuhkan tandas, sekurang-kurangnya tandas yang kita gunakan. Kalau masa kita nak masuk tandas tadi, keadaan tandas tu nampak teruk, biarlah masa kita keluar, tandas tu dah bersih, bersihkan kotoran kita bersekali dengan kotoran yang sedia ada. Confirm dapat pahala (syaratnya ikhlas).
Saya pernah beratur untuk masuk satu tandas masjid, abang yang kat depan tu merungut masa nak masuk, “hei, teruknya tandas”. Bila dia dah keluar, turn saya pulak masuk, Ya Allah, lagi teruk!
b.    Tandas hentian rehat
Ada jugak tandas hentian rehat yang kotor, tapi takla seteruk mana. Boleh la kalau nak pakai tu. Sebabnya? Tandas tu berbayar, kurang kurang 20-30 sen. Jadi tuanpunya tempat tu dah tentu la akan jaga kebersihan tandasnya.
Ada juga tandas hentian rehat yang free, contoh R&R Gua Musang. Siapa yang biasa balik Kelantan ikut Gua Musang tentu tahu. Tandas R&R Gua Musang ni boleh la dipuji tahap kebersihannya, walaupun banyak tandasnya tapi sentiasa dibersihkan. Kita sebagai pengguna, kalau dah masuk tandas yang bersih, takkan masa nak keluar nak biarkan tandas kotor. Malu la kan. Beberapa R&R lain yang saya pernah singgah pun kira ok jugak. Tahniah!
c.    Tandas pam minyak
Dekat pam minyak ni kebanyakan tandasnya sederhana la. Ada jugak yang teruk. Biasanya kat pam minyak ni cuma ada dua tandas. Satu lelaki satu wanita. Jadi untuk jaga kebersihannya takla susah. Cuma mungkin syarikat minyak tu takla sediakan pekerja khas untuk jaga tandas. Jadi yang nak gunakan tandas ni, pandai pandai jaga kebersihannya, supaya pengguna lain rasa selesa.

Bila bercakap tentang kebersihan tandas ni, memang akan berkait rapat dengan kesedaran sivik masyarakat kita. Kalau orang kata masyarakat kita kurang kesedaran sivik, maka kita tak boleh la nak melenting, sebab ia boleh dicermin dengan mudah dalam contoh kes kebersihan tandas awam ni. Nak jadi masyarakat yang maju bertamadun kena la baiki kesedaran sivik kita. Bukan la saya nak mengata sesiapa, tapi nak mengajak semua untuk baiki masyarakat kita. Selari dengan ajaran dalam agama kita: Kebersihan sebahagian daripada iman.

No comments:

Post a Comment