Sunday 13 February 2011

Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah

Tok Guru Haji Lah adalah kesinambungan kepada deretan nama-nama ulama hebat yang pernah dilahirkan di Kelantan. Beliau dilahirkan 10 November 1933 di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas. Ayahnya Tok Guru Haji Abdul Rahman juga seorang ulama yang terkenal. Beliau berguru dengan ayahnya sehingga tahun 1953. Kehebatan ilmu dan bakatnya telah terserlah, di mana Tok Guru Haji Lah telah khatam al-Quran pada usia 9 tahun. Pada usia lebih kurang 20 tahun beliau telah melanjutkan pengajian secara talaqqi di Masjdil Haram, Mekah, bergurukan ulama-ulama terkenal, antaranya Pakda Eil, seorang alim Melayu yang mengajar dan menetap di Mekah.
Selepas itu beliau menimba pengalaman dengan mengajar di Masjidil Haram selama 9 tahun, sehingga beliau pulang ke tanah air pada tahun 1966/67. Selepas itu beliau menjadi Mudir dan mengajar di Pondok Lubuk Tapah yang diwarisi dari ayah Tok Guru Haji Abdul Rahman sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir pada 19 Mac 2008.
 Semasa hayatnya, Tok Guru Haji Lah adalah Ahli Majlis Fatwa dari tahun 1966 sehinggalah beliau meninggal. Beliau juga merupakan  penerima anugerah Tokoh Ma’al Hijrah peringkat negeri Kelantan pada tahun 2004. Beliau sentiasa menjadi rujukan guru-guru pondok yang lain, baik guru-guru yang lebih muda, mahupun rakan-rakan yang sebaya dengannya. Menteri Besar Kelantan merupakan teman karibnya, sering mengundang beliau untuk bersama dalam majlis-majlis rasmi anjuran kerajaan ataupun majlis-majlis anjuran parti. Malah dalam kesibukannya, Datuk Menteri Besar masih sempat untuk selalu menziarahi Tok Guru Haji Lah di pondoknya.

Keberangkatan Sultan Muhammad ke-V (semasa itu Tengku Mahkota) memberikan penghormatan terakhir pada hari pengkebumian beliau memperlihatkan bahawa alim hebat ini dipandang tinggi hatta oleh pihak istana. Beliau telah melahirkan deretan alim ulama muda yang mewarisi keilmuan dari generasi ulama terdahulu.

2 comments:

  1. rasa terkilan sgt kerana sehari sebelum Tok Guru meninggal, saya memang berhajat untuk menziarahi beliau, tapi dimaklumkan beliau tidak bersedia untuk menerima tetamu, jadi saya terpaksa berpatah balik, esoknya dapat beliau meninggal...

    ReplyDelete
  2. al fatihah utk guruku..kehilangan yg sukar dicari ganti..semoga ALLAH menerangi kuburmu sebagaimana kau terangi hati2 yg gelap ini dgn cahaya ilmumu..

    ReplyDelete