Monday, 12 September 2011

Terkenang Suatu Masa: Di dalam kelas...

Semasa tu saya masih belajar dalan tingkatan 4. Guru agama kami ialah Ustaz Salleh. Baik orangnya. Seingat saya masa tu ustaz minta siapa siapa yang rajin untuk tolong padamkan papan putih. Saya masa tu buat tak dengar je sebab bukan saya yang bertugas bersihkan kelas hari tu. Ingatkan ada la murid yang bertugas keluar untuk bersihkan papan putih seperti yang diminta ustaz Salleh. Rupanya takde siapa pun yang keluar ke depan. Tah siapa la malas sangat tu. Ustaz pun tercegat tunggu papan putih dibersihkan. Dalam saling berharap tu keluar la sorang murid ni. Kalau saya sebut nama dia dah tentu classmate semua akan ingat balik cerita ni... jadi saya tak sebut nama la ye. Yang semua tercengang sebab dia yang tolong padam papan putih ni bukanlah murid yang beragama Islam, dia seorang Kristian. Ustaz ucapkan terima kasih banyak banyak kepada murid tu. Saya yang Islam ni rasa sungguh malu dengan kejadian tu.

Memang seingat saya kawan sekelas yang bukan Islam tu masih akan tetap berada di dalam kelas pendidikan Islam walaupun dia tidak akan menduduki peperiksaan. Bukan nak memuji, tapi semulajadi dia memang seorang yang baik. Dia juga akan turut sama berpuasa di bulan puasa. Sayangnya kamu beragama Kristian. Sayangnya juga aku tak pernah mempelawa kamu ke agama ku. Jika kamu membaca blog ni Daicus, aku mengajakmu kepada petunjuk Ilahi yang sejati. Aku percaya fitrahmu ialah seorang muslim...

No comments:

Post a Comment