Apalah malangnya professor seorang ni. Beliau ni memang la dikenali sebagai pakar sejarah. Tapi komennya pasal negara ni tak pernah dijajah tak masuk dek akal. Kalau media arus perdana jenis yang adil, maka kenyataan itu patutnya sama kontroversi dengan kenyataan Mat Sabu tentang perjuangan Mat Indera. Tapi sebab kenyataan prof tu dikeluarkan dengan niat untuk menyebelahi kerajaan maka ia takla disanggah apalagi untuk dikritik. Walaupun nampak macam bodoh kalau dikatakan negara kita ini tak pernah dijajah, tapi sebab ianya keluar dari mulut seorang professor yang sedia membela kerajaan, maka media perdana mencari justifikasi yang sesuai untuk sama-sama mengiyakannya. Media perdana tak takut langsung maruah mereka dipersenda semata-mata mahu mempertahankan pandangan prof. tu.
Mana ada orang yang boleh terima jika dikatakan negara ini tak pernah dijajah? Rasanya budak sekolah pun tahu. Sebut je nombor 1511, semua tahu itu nombor apa. Itukan tahun Melaka dijajah Portugis. Dan selepas itu datang pulang penjajah Belanda, Inggeris dan Jepun. Bukankah mereka semua tu disebut ‘penjajah’ dalam buku buku sejarah? Selepas 1511, bila pula kita ada pentadbiran (negara dan negeri) kita sendiri? Mungkin professor tu boleh la mencari justifikasi dari sudut teknikal yang tidak mudah difahami oleh orang kebanyakan, tetapi realitinya ialah kita dijajah oleh British. Sebutlah apa istilahnya, ‘naungan’ ke apa ke, ianya adalah semudah itu, kita memang telah dijajah oleh British. Tak payah la kita nak pening pening kepala berdolak dalih mencari alasan lagi. Tak payah la kita nak menipu diri sendiri.
Jika ada yang nak bersetuju dengan professor, maka apa kita nak kata kepada acara sambutan kemerdekaan yang kita rayakan setiap tahun tu? Dah 54 tahun, saban tahun kita menyambut 31 Ogos sebagai tarikh keramat di mana negara mencapai kemerdekaan. Kalau kita tak pernah dijajah, maka 31 Ogos itu nak disebut tarikh apa? Apa la faedahnya Tunku Abdul Rahman menjerit “merdeka” pada pagi 31 Ogos 1957 dulu? Kenapa orang Melayu dari seluruh negara turun berhimpun di Dataran Merdeka masa tu?
Kita tidak boleh semata mata menegakkan hujah dengan peristilahan semata mata. Kita perlu melihat dari pelbagai sudut. Gabungan semua inilah yang membentuk pandangan umum. Maka apa pandangan umum kita tentang perkara ini? Adakah kita ini tidak pernah dijajah atau bagaimana?
Selain perlu memahami apa istilah “merdeka”, professor itu perlu memahami penjajahan itu boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Adakah kita boleh berbangga bahawa kita tidak pernah dijajah dengan mengatakan negeri negeri Melayu masih kekal diperintah oleh Raja-raja Melayu yang menjadi ketua agama, sedangkan kita tahu siapa sebenarnya menguasai pentadbiran negara, membolot segala hasil mahsul bijih timah dan getah. Fikir fikirkan…
No comments:
Post a Comment