Rasa muak dengan media. Saya suka menonton berita di tv, minat untuk mendengar perkembangan semasa, nak tahu apa sedang berlaku dalam negara dan luar negara. Tapi bila tengok berita tv, ceritanya sama saja setiap hari. Berita untuk menghentam musuh politik kerajaan pemerintah. Kerajaan semua baik, parti pembangkang semua jahat. Begitulah seterusnya. Dengar tajuk saja, dah tahu apa yang mereka nak kata. Dalam sehari pulak tah berapa kali diulang-ulang tayang. Naik muak mendengarnya. Stesen tv di negara ni memang tak independent. Seolah-olah bekerja untuk parti pemerintah, seperti menjadi salah satu sayap dalam parti politik. Kita menginginkan saluran berita yang mengambil sikap tidak berpihak, melaporkan berita seadil-adilnya. Tidak bertujuan untuk memenangkan satu pihak, menghentam satu pihak lain.
Tapi tah bila la tv macam tu akan muncul di sini. Selagi kerajaan ni kekal, macam ni la sampai bila-bila. Start je berita, muncul la muka PM, bininya, TPM, dan pacal-pacalnya yang kaki pengampu. Boring betul.
Tapi tah bila la tv macam tu akan muncul di sini. Selagi kerajaan ni kekal, macam ni la sampai bila-bila. Start je berita, muncul la muka PM, bininya, TPM, dan pacal-pacalnya yang kaki pengampu. Boring betul.
Surat khabar pun sama. Tak hairan la jualan Utusan merosot teruk. Lepas tu bagi alasan kerana sekarang ni banyak berita di internet maka orang dah tak minat baca surat khabar. Ye ke? Ke sebab orang jemu dengan berita yang kamu siarkan. Yang peliknya surat khabar parti pembangkang sold out pulak tu. Lambat sikit je, habis.
Alternatifnya, bagi yang dahagakan berita-berita macam saya ni terpaksa la, ‘on’kan laptop dan internet, surf la di mana-mana laman berita. Itu la sahaja caranya. Memang la kita tak tahu setakat mana kesahihan satu satu berita yang kita jumpa di internet tu. Jadi pihak yang berkenaan tu kena la ada sikap bertanggungjawab dalam mengeluarkan sesuatu berita, ada etika dalam kerja. Ingat dosa pahala. Jangan buat buat cerita sesuka hati.
Rakyat hari ni secara umumnya adalah berpendidikan tinggi, bukan semua akan menelan saja semua berita yang disuapkan oleh tv dan surat khabar. Mereka ada pemikiran sendiri. Pihak media kena hormat la tahap intelektual orang lain. Jangan perbodohkan orang.
Wahai tv dan surat khabar;
Adakah kamu rasa kamu telah bekerja keras kepentingan rakyat? Yakinkah kamu apa yang kamu siarkan itu tidak lain tidak bukan cuma kebenaran? Tidakkah kamu pernah timbang kerja buat kamu itu dengan neraca agama. Pahala atau dosa? Tidakkah kamu sedar kamu cuma sedang mencorak wajah kamu sendiri dengan rupa penipu dan pemutarbelit? Itulah persepsiku, seorang penonton, seorang pembaca, seorang pendengar.
No comments:
Post a Comment