Sunday 6 February 2011

Adakah Anda Sukar Tidur?

Sindrom sukar tidur yang juga dikenali sebagai insomnia bukan sahaja menyerang golongan dewasa, malah sering berlaku kepada kanak-kanak, terutama bayi yang kurang sihat. Insomnia lebih banyak menyerang wanita berbanding lelaki. Bagaimanapun, terlalu banyak tidur pula akan melemahkan semangat untuk bekerja pada esok harinya. Fikiran mereka mungkin tidak cergas dan tidak dapat berbincang mengenai sesuatu dengan lancar. Tidak ada jumlah tidur normal yang tetap. Sesetengah orang perlu tidur selama 10 jam pada waktu malam, manakala ada yang segar dan cergas walaupun cuma tidur selama tiga jam.
Masa tidur akan berkurangan apabila umur meningkat dan lazimnya, orang dewasa tidur selama tujuh hingga 10 jam manakala bayi memerlukan kira-kira 16 jam sehari.
Mengikut purata, golongan tua memerlukan tidur kira-kira enam jam sehari. Kekurangan tidur bukanlah suatu masalah dan ia dengan sendirinya tidak dapat menjejaskan kesihatan seseorang. Apa yang penting ialah mencari sebab insomnia dan cara mengatasinya.


Panduan atasi penyakit sukar tidur.
1. Elakkan makanan berat pada waktu malam. Minum susu dan lakukan senaman ringan sebelum tidur.
2. Elakkan menonton filem seram sebelum tidur.
3. Tidur di katil dan tilam yang selesa.
4. Pastikan waktu tidur dan bangun yang teratur.
5. Jika sukar tidur, bangun dan lakukan aktiviti ringan dan tidur ketika benar-benar mengantuk.
6. Bangun pada waktu yang sama setiap hari tanpa mengira jumlah jam anda tidur.
7. Baca buku agama atau hafal ayat Quran yang anda ingat berulang kali.
8. Jangan ambil bahan perangsang seperti kopi atau teh sebelum tidur.
9. Elakkan minuman beralkohol pada lewat petang.

Cara mencegah.
1. Jangan biarkan fikiran berkecamuk dengan pelbagai masalah sebelum tidur.
2. Tenangkan fikiran dan beristirehat sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur.
3. Jangan fikirkan hal kerja dan perbelanjaan yang mungkin merunsingkan.
4. Jangan baca buku atau majalah yang berat hingga otak terpaksa berfikir.

Punca-punca kanak-kanak sukar tidur.
1. Lapar dan letih.
2. Sakit perut.
3. Kesejukan.
4. Kesunyian dan takut gelap.
5. Kurang selesa kerana lampin basah.
6. Persekitaran terlalu bising atau cerah.
7. Dipaksa tidur berasingan dengan ibu.


Semoga anda mendapat informasi berguna.

1 comment:

  1. sekadar berkongsi maklumat untuk hidup yang lebih berkualiti...

    ReplyDelete