Friday 4 February 2011

Kebangkitan Rakyat Mesir

Huru hara yang berlaku di Mesir sekarang sepatutnya dapat dielakkan andainya Presiden Mubarak memahami dengan sedalamnya fungsi beliau sebagai pemimpin. Apa yang lebih utama bagi Mubarak? Kerusi presiden atau nyawa rakyatnya? Apabila puluhan nyawa melayang namun beliau masih enggan berundur, maka jelaslah bahawa kepentingan rakyat tidaklah menjadi keutamaannya. Beliau boleh mendakwa bahawa majoriti masih memilihnya untuk memimpin Mesir, tetapi apakah alasan  itu berbaloi untuk angka korban yang bakal meningkat setiap hari.

Mubarak dengan sewenangnya menggunakan polis dan tentera untuk menidakkan kebangkitan rakyat, malahan mereka yang melepaskan tembakan rambang ke atas orang awam juga dikatakan adalah pihak polis dan tentera yang berpakaian awam. Mereka dikatakan menyamar sebagai penyokong kerajaan. Kita juga tidak terkejut bila mendengar berita Israel menghulurkan bantuan persenjataan kepada Mubarak untuk mengatasi penentangan rakyat Mesir, kerana sememangnya kita tahu bahawa Mubarak sentiasa menjadi sekutu Israel untuk menekan Palestin. Pintu-pintu sempadan Mesir-Palestin ditutup untuk menghalang bekalan dan bantuan ke Palestin. Itulah rupa sebenar Hosni Mubarak.

Pada usia 82 tahun mungkin Mubarak merasakan beliau masih cukup gagah untuk bergelar preisden, tetapi kita percaya rakyat yang bangkit tidak akan berundur selagi Mubarak tidak disingkirkan. Kita percaya masanya pasti akan tiba. Apatah lagi setelah melihat rakan-rakan yang terkorban di hujung senjata penembak-penembak curi upahan yang bacul.
Suara rakyat suara keramat!

7 comments:

  1. memang sepatutnya hosni mubarak berundur.

    ReplyDelete
  2. dalam keadaan sekarang tiba-tiba Mufti Mesir Ali Jum'ah mengeluarkan kenyatan bahawa rakyat dilarang keluar menentang Presiden Mubarak, malah beliau menyokong pelan perubahan yang konon dirancang Mubarak dalam 7 bulan akan datang, tapi tindakan pihak polis menembak mati penunjuj perasaan tidak pula diungkit beliau...
    Memang dasar mufti yang dicucuk hidung...

    ReplyDelete
  3. harta,wanita dan kuasa.....fitnah terbesar umat manusia yg menyebabkan manusia sanggup menggadai silaturrohim,nyawa malahan agama dan agama dan bangsanya sendiri..na'uzubillah hi min zaalik..tq. lan jemput ambe ke blog ni

    ReplyDelete
  4. betul md tu...
    terima kasih sudi bagi komen...
    md ada blog?

    ReplyDelete
  5. sy xda blog..hanya tengok2 dr blog2 lain je

    ReplyDelete
  6. 12 Februari...
    tarikh syahidnya Syekih Hassan al-Banna pada 1949...
    di muncung senjata kerajaan Mesir...
    12 Februari...
    tarikh turunnya Mubarak dari rejim yang menindas rakyat...

    ReplyDelete