Pada tahun 1913, Muslim Bulgaria telah diserang, dipaksa bertukar agama dan kampung-kampung mereka dibakar oleh golongan komunis Bulgaria. Petani-petani disiram dengan minyak sebelum dimasukkan ke dalam masjid dan dibakar hidup-hidup. Semasa Perang Dunia ll, Bulgaria bersekutu dengan Nazi Jerman, namun Bulgaria berubah menjadi penyokong setia Stalin dalam sekelip mata apabila tentera Rusia masuk dan Georgi Dimitrov kembali ke Sofia dari Moscow.
Rakyat Bulgaria memeluk Islam beramai-ramai semasa pemerintahan Sultan Muhammad ke-IV iaitu pemerintah kerajaan Islam Turki yang berkuasa di antara tahun 1666 sehingga 1670. Sebenarnya pertukaran agama penduduk Eropah Timur non-Turki kepada Islam bukanlah kerana paksaan atau menggunakan kekerasan seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak. Malahan apabila Sepanyol terlepas ke tangan pihak Kristian, orang-orang Yahudi Sepanyol telah berpindah ke wilayah-wilayah yang masih berada di bawah pentadbiran kerajaan Islam Turki. Berbanding hanya 1 juta Muslim berketurunan Turki, terdapat 5 juta Muslim Slavia (pribumi Bulgaria) atau Albania di seluruh Eropah Timur. Namun apabila berlaku pembunuhan kejam pada tahun 1913 tersebut, hanya tinggal kira-kira 100 000 orang Muslim asli Bulgaria dan kira-kira sejuta Muslim berketurunan Turki di Bulgaria.

Ternyata usaha pihak komunis Bulgaria untuk memusnahkan Islam secepat mungkin hanya impian kosong, meskipun pelbagai bentuk tekanan telah digunakan. Umat Islam Bulgaria ternyata tidak pernah menunjukkan secebis minat kepada ideologi komunis, malahan tetap berpegang teguh kepada fatwa ulama Bulgaria iaitu: “Bendera kita hijau, bukan merah”. Sebuah majalah Islam bernama Doluk, sering menyiarkan slogan: “Selagi al-Quran masih wujud, kami tetap menentang mereka yang berkiblatkan Moscow”.
Pada bulan April 1956, Parti Komunis Bulgaria telah mengeluarkan arahan untuk menghapuskan pemikiran Islam di Bulgaria. Penduduk-penduduk Muslim cuba di’atheist’kan secara paksa dengan pelbagai bentuk tekanan dan penganiayaan. Orang-orang Islam dipaksa menukar dari nama Islam kepada nama-nama Slavia. Mereka yang masih memakai nama Islam tidak diberikan pekerjaan, dinafikan hak untuk belajar dan sebagainya. Ribuan pekerja Muslim dibuang kerja kerana masih memakai nama Islam mereka. Masjid-masijd dirobohkan. Upacara keagamaan seperti perkahwinan, pengkebumian dan khitan diharamkan. Sekolah-sekolah milik orang-orang Islam ditutup. Kaum wanita Muslim dipaksa menanggalkan jilbab mereka. Sehinggakan pejabat-pejabat pos tidak menerima surat-surat yang dituliskan nama Islam di sampulnya!

Allahu Akhbar!
ReplyDeletecerita yang jarang didengari...
ReplyDeletedi Bulgaria ada orang Islam rupanya...