Apabila kerajaan PAS Terangganu pimpinan Tok Guru Haji Hadi mengumumkan bahawa enakmen jenayah syariah Terengganu diwartakan pada 1 Ramadhan 1424 bersamaan 27 Oktober 2003, maka Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu Dato Seri Dr. Rais Yatim pun bertanya dalam komen:
“Siapa yang akan melaksanakan enakmen itu?”
Sudah tentu pertanyaan itu adalah lanjutan dari perkembangan yang sudah lama. Mantan PM Datuk Seri Dr. Mahathir ketika isu undang-undang hudud itu timbul dulu memberi penjelasan bahawa beliau dan kerajaannya tidak bercadang hendak melaksanakan undang-undang itu.
“Siapa yang akan melaksanakan enakmen itu?”
Sudah tentu pertanyaan itu adalah lanjutan dari perkembangan yang sudah lama. Mantan PM Datuk Seri Dr. Mahathir ketika isu undang-undang hudud itu timbul dulu memberi penjelasan bahawa beliau dan kerajaannya tidak bercadang hendak melaksanakan undang-undang itu.
Apabila Terengganu meluluskan enakmen tahun 2002 dan hendak menguatkuasakannya, maka Dato Seri Abdullah Badawi atas sifatnya sebagai Menteri Dalam Negeri semasa itu, menegaskan pihaknya tidak akan memberikan kerjasama dalam perkara itu. Ia diikuti dengan kenyataan Ketua Polis Negeri Terengganu ketika itu bahawa pihaknya tidak akan bekerjasama dengan kerajaan Terengganu untuk menguatkuasakan enakmen itu.
Dato Seri Dr. Rais sudah tentu faham betul akan sikap kerajaan pusat dalam perkara itu yang ia bukan sekadar tidak akan memberi kerjasama sebaliknya akan mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang dalam tindakan melaksanakan enakmen hudud itu didapati melakukan sesuatu yang dikira melanggar atau bercanggah dengan undang-undang negara dan perlembaaan.
Justeru itu beliau tidak nampak bagaimana ia dapat dilaksanakan dan siapa yang hendak dan boleh melaksanakannya?
Yang menuntut supaya undang-undang dan hukum itu dikuatkan kuasa ialah Allah dan ia dijelaskan dalam al-Quran. Kemudian ada nas dari sunnah Nabi SAW dan sirah para khalifah.
Perintah itu tidak ditujukan kepada malaikat dan jin. Ia juga tidak diarahkan kepada dinasor dan gajah untuk menguatkuasakannya. Ia diarahkan kepada manusia.
Antara manusia yang dipertanggungjawabkan ialah mereka yang beriman. Penjajah Inggeris yang menakluki Tanah Melayu dulu sudah tentu tidak merasa bertanggungjawab untuk mendaulatkan hukum itu. Dan selepas merdeka tiada sesipa akan memikirkan MCA dan MIC merasa bertanggungjawab untuk mematuhi tuntutan itu. Mereka pun tak tahu ada perintah itu dan mereka tidak tahu apa untungnya jika ia dilaksanakan.
Macam perintah mewajibkan solat lima kali sehari semalam. Ia adalah perintah Allah. Siapa yang hendak menunaikan perintah itu? Jawabnya ialah orang Islam sejak baginda pulang dari Israk dan Mikraj hingga sampai hari kiamat.
Kita tidak pernah bertanya siapa yang hendak melaksanakan solat lima waktu itu kerana kita tahu ia ditujukan kepada manusia yang beriman. Sesiapa saja beriman, nescaya mereka solat tanpa disuruh.
Demikianlah kuatkuasa hudud. Asal manusia itu beriman maka dia bertanggungjawab untuk beriman dengan hudud, tidak kira dia menteri, polis, buruh, penganggur atau sesiapa saja. Masing-masing ada tanggungjawab dan bahagian yang masing-masing wajar mainkan.
Kalau mereka raja dan menteri dari kalangan orang Islam, maka mereka bertanggungjawab mengadakan undang-undang itu. Jika mereka polis, maka mereka menangkap dan mendakwa orang yang disyaki di bawah undang-undang itu. Jika mereka hakim, maka mereka membicara dan menjalankan penghakiman mengenainya. Jika mereka tidak berjawatan, maka mereka bersedia didakwa di bawah peraturan itu apabila mereka dituduh dan didakwa.
Tidak berbangkit soal itu dipolitikkan oleh orang itu dan orang ini. Jika seseorang hendak solat, maka tidak boleh kata orang itu menyibuk atau pura-pura alim dan sebagainya. Apabila seorang hendak solat, maka mereka tidak dihalang.
Jika solatnya tak betul, maka orang Islam seperti menteri perlu membantunya supaya solatnya betul. Jika anak tidak solat, maka ibu bapa boleh pukul anak itu.
Itulah tanggungjawab orang Islam. Sama ada mereka hendak solat atau tidak solat itu hal mereka, tetapi mereka tidak perlu bertanya siapa yang mengerjakan solat.
Begitulah juga berhubung dengan hudud. Jika ia tidak dilaksanakan, Mungkar dan Nakir tidak akan tanya gajah yang mati mengapa ia tidak laksanakan hudud. Dan gajah di negeri yang tidak melaksanakan hudud tidak akan didera oleh malaikat di tempat ia ditanam.
Tetapi yang akan ditanya ialah manusia. Yang tidak beriman, tidak perlu lagi kita bangkitkan kerana suratannya sudah diketahui. Tetapi bagi orang Islam, jahil atau alim, pasti ditanya kalau mereka tidak berusaha untuk mendaulatkannya.
Justeru itu kerajaan Kelantan (dan juga Terengganu) sepatutnya tidak menghadapi apa-apa rentangan untuk melaksanakannya kerana negeri itu terletak di Malaysia yang orang Islam masih berkuasa dan masih majoriti. Dan orang Islam tahu ia wajib dan mereka bertanggungjawab membantu ke arah bagaimana ia boleh dikuatkuasakan.
Pimpinan kerajaan pusat sepatutnya mesti ke depan untuk membantu Kelantan menguatkuasakannya. Mereka tidak boleh berdiam diri dan tidak boleh menyerahkan kerja itu kepada orang lain saja.
Jika selepas ini ada lagi yang mahu bertanya dan berdalih tentang perlaksanaan hukum Hudud, katakan padanya, “Ia adalah tugas anda”.
No comments:
Post a Comment