Apabila kerajaan PAS Terangganu pimpinan Tok Guru Haji Hadi mengumumkan bahawa enakmen jenayah syariah Terengganu diwartakan pada 1 Ramadhan 1424 bersamaan 27 Oktober 2003, maka Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu Dato Seri Dr. Rais Yatim pun bertanya dalam komen:“Siapa yang akan melaksanakan enakmen itu?”
Sudah tentu pertanyaan itu adalah lanjutan dari perkembangan yang sudah lama. Mantan PM Datuk Seri Dr. Mahathir ketika isu undang-undang hudud itu timbul dulu memberi penjelasan bahawa beliau dan kerajaannya tidak bercadang hendak melaksanakan undang-undang itu.