Belanja untuk menampung Sidang Kemuncak PBB di mana 170 ketua kerajaan berkumpul tiga hari tiga malam itu tentulah besar. Kalau kos itu disalurkan kepada mana-mana negara miskin di Afrika, maka tentunya sebahagian dari masalah negara itu dapat diselesaikan.
Hasil dari sidang itu, yang biasa kita dengar, adalah setiap ketua kerajaan menyatakan azam masing-masing terhadap apa yang dikatakan memerangi keganasan. Mahu tidak mahu kalau pun tidak disebut Islam, maka ia menyindir Islam juga. Tiada ucapan pun dibuat untuk memperlekeh propaganda anti-Islam dunia itu.

Jika adapun yang besar erti dari sidang itu ialah kehadiran pemimpin anti-Amerika dari Venezuela, Presiden Hugo Chavez. Dia saja yang berani berterus terang memberitahu bahawa pengganas dunia yang tersohor ialah Amerika. Dan justeru itu Chavez menyarankan apa yang pernah disuarakan oleh dunia satu masa dulu supaya tapak Ibu Pejabat PBB dipindahkan dari New York ke sebuah kota raya lain di dunia seelok-eloknya di dunia sebelah selatan. Chavez saja yang mampu mengejutkan sekalian ketua kerajaan dari mengantuk mendengar ucapan yang stereotype. Semuanya terbeliak mendengar kecamannya terhadap Amerika dan PBB yang menjadi hamba Yahudi itu.
Mungkin Chavez didorong oleh sikap anti-Amerikanya, tetapi sikap itu yang berupaya mengeluarkan perkara benar yang tidak sanggup diucapkan oleh orang lain yang tahu keburukan Amerika dan kelemahan PBB itu. Kalau tiada ucapannya, maka sidang itu lebih hambar lagi. Kalau Chavez agaknya diberi peluang berucap dulu, dan Bush ada di dalamnya, maka akan dapat dilihat orang lain ikut memberi respons. Ketika itu baru Amerika tahu bahawa dunia meluat dengan karenah Pentagon dan CIA yang memperbodohkan Presidennya dari semasa ke semasa.
Jika respons ketua-ketua negara itu diterjemahkan kepada undi, nyatalah tuduhan pengganas yang dikeluarkan dari mulut Presiden Amerika itu boleh dipulangkan kepada Amerika sendiri.
Dalam masa 20 tahun ini tiada ketua kerajaan yang berani bercakap selantang Hugo Chavez. Dr. Mahathir adalah orang yang dirasakan antara yang berani meluahkan isi hatinya yang lantang dalam sidang PBB itu. Tetapi dia pun tidak selantang Chavez. Pernah dia mengecam Yahudi di situ. Walaupun mengecam Yahudi ia seperti menempelak Amerika juga kerana setiap Presiden Amerika adalah sebagai ketua pelobi Yahudi dunia. Tetapi beliau tidak membuat ucapan terbuka kepada Amerika semasa berada di Amerika. Mungkin Dr. Mahathir mahu menunjukkan dia lebih cerdik dari Chavez, tetapi ucapan Chavez saja yang dunia hendak dengar. Chavez tidak berdiplomasi tinggi, tetapi suara itulah yang dunia kehendaki pada masa ini.
Jika setiap ketua kerajaan OIC bersuara seperti Chavez, maka maruah umat Islam boleh diletakkan di tempat yang sepatutnya. Sekarang suara Chavez itu dapat dilihat sebagai satu pembelaan kepada orang Islam walaupun Chavez tidak menyebut Islam. Tetapi Chavez saja yang berani menyuarakan tentang rakyat Iraq diganasi oleh Amerika. Jika dunia mengambil ucapan Chavez itu sebagai suatu yang boleh dibesar-besarkan, maka ia boleh mengimbangi keranggian Amerika.
Umat Islam berkehendakkan kedaulatannya di mana-mana saja. Masjidnya tidak diganggu, wanitanya boleh menutup aurat ke mana saja dan di mana saja. Apabila Amerika dapat dijadikan sebagai paksi keganasan utama antarabangsa, maka ia boleh mengendurkan kebencian dunia kepada orang Islam dan Islam itu sendiri. Jika Amerika diterima dunia sebagai paksi kejahatan sebagaimana paksi yang Amerika letakkan kepada Syria, Iran dan Korea Utara, maka Amerika terpaksa bekerja keras untuk membersihkan diri. Amerika tidak lagi boleh mengata orang itu ganas dan orang ini jahat kerana dia pun ganas dan jahat juga.
Mungkin apa yang disuarakan oleh Hugo Cahvez selama ini tidak dapat mengubah suasana dunia dalam waktu yang terdekat, tetapi itu sudahtentu berupaya membuka minda PBB dan pemimpin dunia.
Orang sepertinya menjadi sasaran Amerika. Ramai pimpinan anti-Amerika binasa di tangan keganasan Amerika sebelum ini.
Tetapi Chavez sudah memberitahu dunia, apa saja yang berlaku terhadapnya selepas ini, termasuk membunuhnya, adalah angkara keganasan Amerika. Padri dari Amerika yng menganjur supaya dia dibunuh terpaksa minta maaf terbuka kepada beliau selepas itu.
Setakat ini hanya Chavez, pimpinan Iran dan Korea Utara yang tidak dapat masuk ke poket Amerika. Tetapi dunia sudah didedahkan bahawa pengganas dunia yang utama ialah Amerika.

No comments:
Post a Comment