Bila Israel mengebom bumi Gaza, ramai juga dari kalangan
umat Islam ini yang tampil menunjukkan prihatin. Baguslah begitu. Ada
posting-posting di dalam facebook
yang menganjurkan boikot terhadap produk-produk Israel. Saya pun ikut sama.
Rasanya itulah yang terbaik buat masa ini.
Tetapi jika diperhalusi betul-betul, banyak produk-produk di
sekeliling kita ini adalah dari keluaran syarikat-syarikat milik bangsa Yahudi.
Ternyata perancangan Yahudi mengambilkira semua keadaan. Buktinya, jika umat
Islam mahu boikot semua produk Yahudi, tentu menghadapi kesukaran kerana
produk-produk Yahudi telah menjadi seakan-akan keperluan asas dalam hidup.
Perlukah disebutkan jenamanya? Dari lampin bayi, susu bayi, pakaian, tak mampu
disenaraikan semuanya…
Jadi persoalan ini bukan baru bermula. Bangsa Yahudi telah
lama membina produk-produk mereka, membina reputasi, menguasai pasaran di
seluruh dunia, membuatkan masyarakat dunia banyak bergantung kepada barangan
keluaran mereka. Jikapun ada saingan dari produk selain dari mereka, tidaklah
begitu menonjol. Apatah lagi dari produk umat Islam sendiri.