Thursday 15 November 2012

Boikot Yahudi, Bina Jenama Sendiri



Bila Israel mengebom bumi Gaza, ramai juga dari kalangan umat Islam ini yang tampil menunjukkan prihatin. Baguslah begitu. Ada posting-posting di dalam facebook yang menganjurkan boikot terhadap produk-produk Israel. Saya pun ikut sama. Rasanya itulah yang terbaik buat masa ini.
Tetapi jika diperhalusi betul-betul, banyak produk-produk di sekeliling kita ini adalah dari keluaran syarikat-syarikat milik bangsa Yahudi. Ternyata perancangan Yahudi mengambilkira semua keadaan. Buktinya, jika umat Islam mahu boikot semua produk Yahudi, tentu menghadapi kesukaran kerana produk-produk Yahudi telah menjadi seakan-akan keperluan asas dalam hidup. Perlukah disebutkan jenamanya? Dari lampin bayi, susu bayi, pakaian, tak mampu disenaraikan semuanya…
Jadi persoalan ini bukan baru bermula. Bangsa Yahudi telah lama membina produk-produk mereka, membina reputasi, menguasai pasaran di seluruh dunia, membuatkan masyarakat dunia banyak bergantung kepada barangan keluaran mereka. Jikapun ada saingan dari produk selain dari mereka, tidaklah begitu menonjol. Apatah lagi dari produk umat Islam sendiri.

Jadi jika diambilkira dari sudut muhasabah diri, satu aspek yang sangat perlu bagi umat Islam adalah membina jenama-jenama yang mampu menyaingi produk-produk Yahudi ini. Oleh kerana ramai orang tergila-gilakan KFC, McDonald, Levi’s, Nokia (sekadar menaip beberapa nama), tidak mampukah dari kalangan umat Islam ini bersaing dengan mereka?
Jika ada produk keluaran umat Islam ini, maka sewajarnya kita sama-sama memberi sokongan. Tidak kiralah produk apa sekalipun, ubat gigi, minyak masak, lampin bayi, cat rumah, jenama kasut dan lain-lain. Mungkin produk-produk ini ada kekurangan dari segi kualiti dan sebagainya, tetapi tidak bolehkah ditutup mata sahaja, demi memikirkan kepentingan umat Islam. Apatah lagi bila saban hari dihidangkan dengan gambar-gambar dan youtube mengenai kekejaman Yahudi terhadap saudara-saudara kita di Palestin.

No comments:

Post a Comment