Saturday, 3 November 2012

LENIN, MARCOS, MUSTAFA KAMAL, MAO ZEDUNG DAN FIR’AUN



Suatu ketika dahulu heboh juga kisah  di kalangan masyarakat Kremlin membincangkan sama ada mahu mengkebumikan mayat Lenin yang diawet itu atau dibiarkan saja sebagai tontonan pemuja komunisme.
Sebelum itu media menyiarkan mayat Marcos yang diawet diziarahi balunya sempena ulang tahun kematiannya entah yang ke berapa kali. Balu Marcos, Imelda menunggu persetujuan kerajaan Filipina untuk mengebumikannya secara rasmi sebagai kematian seorang ketua negara Filipina.
Itulah kisah tentang dua mayat yang tidak dapat dikebumikan atas sebab ada manusia yang memujanya.
Selain mereka mayat Ataturk dan Mao Zedung juga tidak dikebumikan atas sebab pemujaan tadi.

Dunia mengetahui mayat mereka tidak dikemukakan kerana mereka dipuja oleh orang-orang mengkagumi mereka. Sebagai satu penghormatan para pemuja terhadap mereka, maka mereka mayat mereka dikeraskan, tidak dikebumikan, supaya wajah mereka dapat ditonton oleh orang-orang terkemudian.
Tetapi orang-orang beragama berpendapat bahawa bumi tidak menerima mayat orang yang terlalu zalim. Bumi ini adalah makhluk yang terdedah kepada apa saja. Ia terdedah kepada panas dan hujan. Apa saja yang manusia hendak lakukan, seolah-olah terhalang. Cangkul dan gondollah, tidak pernah terhalang. Dan tidak pernah diketahui bumi menghalang mana-mana mayat dari dikebumikan. Ia tidak menunjukkan kepada alam ia tidak mahu menerima mayat orang itu dan orang ini. Tetapi apabila ada mayat yang bumi diibaratkan tidak mahu menerimanya, maka manusia sendiri akan berbuat sesuatu tidak mengkebumikannya.

Lenin dan Mao Zedung tidak dikebumikan kerana mereka menjadi pujaan kaumnya yang menyintai mereka, dan sebagai satu penghomatan mayat mereka diawet, diletakkan di tempat yang mereka muliakan. Pemuja-pemujanya akan dapat melihat wajahnya dari dekat bila-bila masa sekalipun mereka sudah mati beberapa lama.
Lenin mati dalam tahun 1920an. Mao mati tahun 1970an. Ataturk dipercayai diawet juga. Mayatnya disemadikan di atas satu pentas tinggi bertiang. Walaupun ia di dalam satu bentuk kotak, tidak dapat dilihat kecuali kotak itu saja, tetapi mayat itu terletak di situ di atas bumi, tidak dalam tanah.
Ertinya dia juga dikebumikan.
Ferdinand Marcos yang membunuh ramai musuhnya termasuk ribuan umat Islam di wilayah sebelah selatan belum diterima bumi kerana adanya perbalahan antara keluarganya dan kerajaan.
Rakyat Filipina tidak memuja Marcos. Malah dia dikira sebagai diktator yang terbuang dan tidak dikehendaki. Dia ada presiden yang diusir dari negara. Tetapi isterinya mahu dia dikebumikan secara rasmi sebagai seorang ketua negara. Negara tidak perenah bersetuju. Selagi kerajaan tidak bersedia menguruskan pengkebumiannya sebagai seorang yang terhormat, maka keluarganya menyimpan mayat itu di rumah mereka.
Tempat mayat bukan di dalam cermin atau kotak di atas muka bumi, tetapi tempatnya adalah di dalam kubur. Tetapi ada manusia yang tidak mendapat tempat dalam bumi walaupun asalnya manusia itu dari bumi. Kerana dari bumi manusia itu datang, maka ke dalam bumi juga jasad mereka dikembalikan.
Semulia-mulia manusia ialah para nabi. Pada dasarnya para anbia adalah kekasih Allah. Sebarang kesilapan dan kesalahan oleh seorang nabi, tidak catitan dosa baginya. Mereka dimaksumkan. Demikianlah kasihnya Allah kepada nabi. Nabi pun dikebumikan.
Tetapi ada manusia yang manusia tidak mahu dan bumi pun tidak mahu.


Fir’aun adalah manusia paling kejam. Bumi ini terdedah. Sepatutnya boleh ia digali untuk menanam mayat Fir’aun. Tetapi Fir’aun sendiri merancang pembinaan pyramid yang bergua, diletakkan mayat setiap Firaun dalam lubang dalam pyramid itu.
Maka dengan sendirinya mayatnya terpisah dengan bumi. Bukan saja mayat Fir’aun tidak diterima bumi, malah mayat keluarganya tidak diterima. Dan akhirnya mayat Fir’aun yang diawet itu disimpan di muzium. Ia dijadikan sumber pendapatan bagi muzium.
Mayat rasa tersiksa apabila ia lambat dikebumikan. Mayat menyumpah manusia yang bertanggungjawab atasnya kerana tidak menyegerakan pengkebumiannya. Mayat mahu ia dikebumikan secepat mungkin kerana lagi lambat ia dikebumikan lagi menderita mayat itu.
Justeru itulah mahu mayat dikebumikan sesegera yang mungkin.
Bertuahlah mayat yang seelok-elok menjadi mayat, ia terus diuruskan. Dalam masa beberapa jam saja, ia sudah pun berada di tempatnya di alam kubur.
Bayangkan nasib Fir’aun. Sebagai manusia paling berkuasa di dunia, dia akui, sesiapa yang derhaka kepada Allah adalah sama dengan Fir’aun. Dia telah mati sekitar 5,000 tahun dulu. Tetapi mayatnya tersiksa dalam kota cermin di muzium. Hanya manusia tidak mengetahuinya. Seksa manusia yang tidak dikebumikan itu jauh lebih sengsara dari siksa kubur.
Manusia adalah makhluk yang mulia. Dia mesti dilihat oleh manusia ssebagai makhluk yang mulia, boleh bergerak sendiri dan boleh bertutur. Dia tidak boleh dilihat kaku seperti batu dan batang kayu. Justeru itu sebaik saja seorang anak Adam itu mati, maka segera itulah mayatnya ditutup dengan kain atau apa jua yang boleh dijadikan penutup.
Mayat seorang mati kemalangan di tepi jalan, ditutup dengan apa yang ada. Lazimnya kertas. Mayat itu tidak mahu dilihat terdedah. Ia malu dan terasa hina ditonton oleh orang lain.
Mayat orang Islam hanya diselak di bahagian muka untuk dilihat sebenar oleh yang menziarahi. Ia ditutup semula seberapa segera. Ia tidak dibiarkan terdedah walaupun oleh keluarga terdekat.
Tetapi bagaimana mayat Firaun ditonton beribu tahun oleh manusia?
Dia bukan sekadar tersiksa malah terasa hina. Semua yang hadir adalah datang untuk melihat orang zalim. Berbagai kata dan cerca orang yang datang melihatnya. Tiada yang datang menghadiahkan          al-Fatihah.
Lenin adalah contoh orang yang paling dipuja dalam abad kebelakangan ini. Dia dipuja oleh pengikutnya. Tetapi sekarang orang Rusia sendiri sudah tidak mahu kepadanya. Semua patungnya sudah dirobohkan. Giliran mayatnya pula mulai tidak dikehendaki.

Ia ada satu iktibar. Manusia tidak mahu dan bumi pun tidak mahu.

No comments:

Post a Comment