Friday, 29 July 2011

Makan di gereja...

Memangnya banyak keranah bila berurusan dengan mana-mana jabatan agama negeri atau institusi yang menguruskan zakat. Anda percaya tak? Cubalah sendiri pergi ke sana dan cuba tanyakan mana-mana pegawai di situ. Memang ‘A’ la kalau dapat terus jumpa mereka tanpa sebarang masalah. Rungutan seperti ini sudah jadi lumrah dalam masyarakat kita, dengan bahasa mudah: semua orang dah tahu. Bukan kita sengaja nak memburukkan mereka, tapi pihak yang terlibat ni cuba la renungkan balik macam mana khidmat anda selama ni. Cuba la sediakan borang kaji selidik untuk dapatkan maklumbalas dari orangramai yang pernah datang mendapatkan perkhidmatan di kaunter anda. Apakah maklum balas kebanyakan orang nanti? Sesiapa yang pernah atau selalu berurusan di sana tentu sudah ada jawapan anda sendiri. Apakah respon anda?
Dalam kes yang berlaku di sebuah gereja baru-baru ni sebenarnya adalah sebagai pembuka mata kita semua tentang apa yang sememang sudah lama berlaku dalam masyarakat kita. Kita bukan tak tahu bahawa memangnya ada gereja yang menyalurkan sumbangan mereka untuk masyarakat termasuk untuk orang-orang Islam, dalam pelbagai bentuk, bantuan untuk rawatan hospital, kemudahan tuisyen untuk murid-murid miskin, termasuklah jamuan makan di gereja seperti yang heboh baru-baru ni. Anda terkejut ke? Sebelum ni anda tak pernah dengar ke? Kalau perkara macam ni anda tak pernah dengar, maaf cakap: anda nampaknya kurang sensitif dengan apa yang berlaku kepada umat Islam di negara ni. Jamuan makan percuma di gereja sememangnya menjadi salah satu strategi dakwah Kristian seperti yang saya dengar dari beberapa orang bekas mubaligh Kristian dalam siri ceramah mereka.
Kalau di Indonesia, perkara ni dah jadi sangat lumrah dan bukan lagi rahsia. Memang pihak gereja akan mengundang orang-orang yang hidup merempat di Jakarta untuk datang ke gereja, makan percuma dan kadang-kadang diberi wang saku. Yang sakit diberi rawatan dan ubatan percuma, tambang teksi pun diberi. Yang nak berniaga dibekal barang-barang cenderahati agama Kristian untuk dijual. Maka adalah orang Islam di sana yang berjualan topi Santa Claus dan cenderahati berlambang salib. Itu yang berlaku di Jakarta, lama dulu. Apakah perkara seperti itu tidak boleh berlaku di Malaysia? Memang boleh dan memang sudah berlaku, cuma mungkin anda tidak tahu atau anda memang tidak mahu ambil tahu. Ya, jika strategi itu begitu berhasil, kenapa tidak dilancarkan juga di Kuala Lumpur ni. Di sini juga ramai  orang-orang yang hidup merempat di jalanan. Hidup dengan belas ehsan orang. Memang suatu peluang yang terbuka bagi sesiapa yang mahu ambil kesempatan atas kesempitan hidup mereka. Maka siapa yang sampai dahulu? Pihak gereja atau pegawai zakat?
Sungguh-sungguh apa yang saya cuba sampaikan adalah:
i: Pihak pentadbiran agama (nak sebut nama ke? Tak payah la, lu pikir la sendiri), perlu lebih amanah dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Dah jelas apa yang kita buat sebelum tidak banyak membantu masyarakat Islam apatah lagi untuk berdakwah kepada non-Muslim. Lupakan segala keranah birokrasi yang tidak perlu, buangkan ego yang masih ada tu.
ii: Kepada pihak yang menjaga institusi zakat, janganlah hanya giat berkempen supaya orangramai berzakat, yang lebih penting ialah bagaimana wang zakat yang ada tu nak disalurkan. Bila gereja buat program kita gelabah, tapi wang zakat yang ada tu kenapa susah sangat nak buat program seperti itu. Anda kena turun bertemu masyarakat, cari mereka yang memerlukan bantuan, bukan tunggu mereka datang isi borang di kaunter anda.  

No comments:

Post a Comment