Keadaan buruk yang melanda masyarakat di dunia jelas berpunca dari kepincangan yang ada pada pihak pemerintah. Sama ada barisan pemimpin yang bergelumang rasuah atau penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan untuk mengekalkan tampuk kuasa. Memang kelemahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh sesiapa, namun rakyat tentulah dapat menilai apakah pemimpin mereka bersungguh-sungguh mahu memperbaiki kelemahan yang ada, atau hanya pandai beretorik semata-mata, pada masa yang sama menikmati pelbagai kemewahan di atas kesempitan rakyat. Bolehkah rakyat mempercayai slogan-slogan kerajaan mahu mengutamakan kebajikan rakyat, yang sentiasa dialunkan melalui media-media, tetapi realitinya rakyat semakin tertekan dengan pelbagai kenaikan harga barangan harian dan kos sara hidup yang hampir tidak tertanggung hatta oleh rakyat kelas pertengahan (middle class). Bagaimana pula nasib golongan miskin?.
Apabila persepsi tidak baik terhadap kerajaan telah berakar umbi di kalangan masyarakat, maka dengan sendirinya kerajaan akan sukar untuk memperoleh sokongan rakyat dalam setiap programnya. Begitulah lumrahnya. Pada peringkat awal bila rakyat tidak mendokong aspirasi kerajaan adalah kerugian di pihak rakyat sendiri kerana sesuatu program untuk rakyat itu, bagaimanapun buruk, tentulah ada terselit kebajikan untuk rakyat. Pada peringkat yang terakhir apabila rakyat tidak dapat menerima lagi pemimpin mereka, maka berlakulah apa yang kita telah lihat berlaku di Mesir, Tunisia, Libya dan mungkin merebak ke negara-negara lain. Keadaan yang sama telah berlaku dahulu di Filipina, Indonesia dan Iran.

Berita kematian King Louis XV telah disambut rakyat dengan pesta gembira sambil mengharapkan penggantinya, King Louis XVI akan memulihkan suasana. Ternyata harapan tinggal harapan. Rupanya berdiri di belakang King Louis XVI adalah Mary Antoinette, isterinya yang berasal dari Austria, seorang wanita yang penuh dengan cita-cita jahat, pendendam dan pandai menipu daya. Akibat kemarahan rakyat yang tidak terbendung, maka meletuslah Revolusi Peranchis yang penuh dengan pertumpahan berdarah.
Di dalam bukunya Centratt Social, pemikir tersohor Jean-Jacque Rousseau menulis :Manusia dilahirkan merdeka, tetapi sekarang di mana-mana pun mereka diikat dan dibelenggu.
Ternyata dengan membaca sejarah lampau membolehkan kita memahami dengan lebih mendalam apa yang sedang berlaku di dunia masa kini.
"manusia dilahirkan merdeka"
ReplyDeletedi atas robohan kota Melaka...
ReplyDeletekita dirikan jiwa merdeka...