Saya memiliki sejumlah buku-buku yang saya rasa ada faedahnya kalau saya kongsikan sedikit sebanyak dengan anda semua. Saya membaca semua jenis buku, tetapi yang menjadi pilihan saya adalah buku-buku berlatarbelakangkan Islam.
Adakah anda kenal Harun Yahya? Beliau adalah penulis dari Turki yang telah menghasilkan sejumlah besar buku dengan mesej tersendiri. Dengan latar belakang di dalam bidang sains, beliau telah menulis buku-buku yang membela dunia Islam dari sudut pandangan sains. Kebanyakan dari tulisan beliau adalah menarik disebabkan beliau memaparkan hubungan kita dengan alam di sekeliling kita, dan mengungkap rahsia-rahsia yang tersembunyi di alam semesta. Untuk saya senaraikan semua hasil karya penulis ini adalah tidak termampu, cukup sekadar saya sebutkan beberapa sahaja darinya:
1. Penipuan Evolusi -membuka rahsia Teori Evolusi yang diagung-agungkan oleh dunia Barat, betapa sebenarnya teori ini semata-mata hanya disokong oleh pengaruh media, bukannya dengan kekuatan hujah saintifik. Mesti baca!
2. Kaum-kaum Yang Pupus - kajian tentang umat manusia terdahulu yang menerima azab Allah akibat dari kemungkaran mereka sendiri. Gambar-gambar di dalamnya sungguh menarik.
3. Gerakan Freemason Sedunia - menyingkap rahsia pertubuhan yang menjadi misteri di seluruh dunia sehingga kini. Dengan membaca buku ini kita akan mula faham akan segala kemelut yang terjadi di dunia ini ada tangan-tangan rahsia di sebaliknya!
4. Bagi Golongan Yang Berpemikiran - Mengajak kita sama-sama berfikir dan merenung tentang alam semesta. Dari segi isi hampir serupa dengan Penipuan Evolusi, tetapi dengan olahan berbeza.
Sebenarnya. seperti saya sebutkan tadi bahawa memang Harun Yahya telah menghasilkan begitu banyak buku. Jika anda memiliki salah satu buku di atas, anda bolehlah menyemak senarai buku-buku beliau di bahagian belakang buku tersebut, memang banyak! Saya sendiri masih dalam proses mengumpul koleksi buku-buku Harun Yahya ini, mengikut kemampuan bajet.
Sebilangan besar dari buku beliau ini adalah dalam bahasa Inggeris dan masih belum diterjemahkan ke bahasa Melayu. Buku-buku beliau telah diterbit oleh Saba' Islamic Media.
Selamat membaca.
menarik jugak buku2 tu, kat mana ada jual
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSelamat membaca lan dari member semaktab
ReplyDeleteThe book I have by Harun Yahya:-
1-The Disaster Darwainism- Brought To Humanity
2-Deep Thinking
3-Evolution Deceit
4-Crude Understanding of Disbelief
5-The Moral Value of the Qur'an
6-Ever Thought about the Truth
- Sekularisme- karangan Muhamad Naqib Al Attas
elok juga dibaca lan
- "Membaca itu Suluh Hidup"
satu dalam seribu...
ReplyDeleteertinya tuan?
ReplyDeletematbong ni saper ye....
ReplyDeletejika tuan2 perasan, ada topik2 sama yang diulang dalam buku2 Harun Yahya, mungkin satu strategi dalam penulisan beliau, walLahu 'a'lam...
ReplyDelete