Wednesday, 5 August 2009

H1N1

Virus baru yang tidak pernah diketahui sebelum ini dan vaksin untuk virus ini belum dapat dihasilkan (setakat ini) . Pada hari ini mangsa ke-11 telah menemui ajal. Apa rasionalnya nama virus ini ditukar dari Selsema Babi kepada influenza A (H1N1)? Untuk menyembunyikan keburukan babi? Tidak menjadi rahsia lagi bahawa dari dalam usus binatang ini memang mengandungi 1001 kuman yang boleh mengancam manusia. Yang makan benda ni pun tahu, tapi sebab dah makan turun temurun, buat-buat tak tahu sajalah. Dr. Daniel Zainal Abidin pernah membuat ulasan tentang penyakit babi ini dalam rancangan Halaqah di TV9.
Islam mengharamkan daging babi berdasarkan beberapa ayat al-Quran, antaranya:
-ayat 173 Surah al-Baqarah
-ayat 3 Surah al-Maidah
-ayat 145 Surah al-An'am
-ayat 115 Surah an-Nahl
Jika anda merujuk kepada ayat-ayat al-Quran yang saya nyatakan tadi, yang disebut haram itu adalah daging babi, tetapi para ulama (secara umum) telah membuat kesimpulan bahawa yang haram itu bukan sahaja daging babi tetapi keseluruhan babi tersebut. Yang diketahui cuma A.Hassan Bandung sahaja yang berpendapat organ-organ babi yang lain adalah harus.
Untuk penjelasan lanjut boleh tentang daging babi, anda boleh merujuk artikel Ahmad H. Sakr seorang profesor biokimia bertajuk "Daging Babi dan Sebab-sebab Penolakannya"

3 comments:

  1. Kat tempat keja ummi semua kena pakai mask, langkah berjaga2, rimas dibuatnya

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete