Dr.
Muhammad Abdul Hamid Harb telah menterjemahkan sekeping manuskrip Othmaniyyah
yang tersimpan di Perpustakaan Sultan Abdul Hamid (Yildiz Sarayi) tentang rekod
kerajaan Othmaniyyah terhadap kemunculan dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab.
Manuskrip itu ditulis oleh Muhammad Kamil bin Nukman atau lebih dikenali
sebagai Ibn Daraami al-Homsi. Manuskrip itu bertarikh 27 Ramadhan tahun 1312H,
setebal 82 keping iaitu 164 muka surat. Ia ditulis atas permintaan Sultan Abdul
Hamid II yang mahu mengetahui secara terperinci tentang hal ehwal Semenanjung
Tanah Arab dari segi geografinya, sosio budayanya, dan termasuklah kesan dakwah
Muhammad bin Abdul Wahhab.
Antara
isi kandungan manuskrip tersebut ialah kisah bagaimana seorang Badwi telah
kehilangan untanya. Lalu dia pergi ke kubur seorang alim bernama Saad dan
meratap, “Wahai Saad, wahai Saad, pulangkan untaku!” Hal ini berlarutan selama
beberapa hari dan akhirnya, perihal Badwi yang meratap di kubur syeikhnya itu
sampai ke pengetahuan Muhammad bin Abdul Wahhab. Beliau telah datang kepada
Badwi tersebut lalu berkata:
“Apa
masalah kamu?”
“Aku
kehilangan untaku. Sebab itu aku datang ke kubur syeikh aku. Sesungguhnya
Syeikh Saad pasti boleh memulangkan kepadaku untaku yang hilang itu!” jawab
orang Badwi itu tadi.