Sunday 3 October 2010

PRK Galas

Secara tradisinya pilihanraya DUN Galas adalah pertandingan dua penjuru. Jika nanti ada calon ketiga menyerahkan borang pencalonan, ianya hanya akan dilihat sebagai suatu taktik biasa untuk memecahkan undi.
DUN Galas adalah kerusi tradisi UMNO, kecuali telah dipecahkan oleh Allahyarham YB Che Hashim Sulaima pada PRU ke-12 yang lepas. Allahyarham telah mengenepikan calon Umno, Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.
Kali ini peluang siapa lebih cerah? Persoalan inilah yang akan disoroti dengan penuh minat pihak media dan penganalisis politik. Jika dilihat dari keputusan PRK Manik Urai tempoh hari, di mana PAS menang dengan kelebihan 65 undi, parti Islam itu wajar berasa gundah dengan PRK Galas kali ini. Bayangkan, pada PRU 12, PAS memperoleh majoriti 1352 undi, tetapi merosot kepada cuma 65 undi dalam PRK! Bagaimana pula untuk mempertahankan kelebihan 646 yang tidak begitu besar?

Kemenangan PAS dalam PRU 12 di DUN itu mungkin kerana momentum politik ketika itu yang cenderung kepada Pakatan Rakyat, tidak hanya di Kelantan tetapi di seluruh negara. Allahyarham YB Che Hashim juga dikatakan amat disenangi ramai termasuk orang-orang UMNO.
UMNO telah melantik Ku Li untuk mengepalai PRK kali ini. Pengaruhnya di Gua Musang tidak boleh dinafikan sesiapa. Beliau adalah YB disitu sejak 1974 hinga sekarang. Semua maklum daripada 3 DUN dalam Parlimen Gua Musang, hanya Galas berjaya direbut PAS, dua DUN lagi (Nenggiri dan Paloh) masih dikuasai UMNO. Memang PAS akan berdepan cabaran getir kali ini.
Bagaimana pula peluang PAS? Peratus pengundi Cina yang agak besar iaitu 22 % dikatakan memihak kepada PAS, yang menjadi faktor kemenangan dalam PRU lalu. Ku Li sendiri sebenar dilihat dalam dilema kerana pendiriannya bersama Kerajaan Negeri Kelantan dalam isu royalti. Keputusan pimpinan UMNO memilih Ku Li untuk mengetuai jentera parti itu PRK Galas dilihat serampang dua mata: 1. Keyakinan mereka Ku Li mampu merampas kerusi itu. 2. Jika kalah, kredibiliti Ku Li akan tercalar, mahu tak mahu Ku Li terdesak untuk bermatian-matian.
Apapun tunggulah keputusan pengundi DUN Galas.
Selamat bekerja!
Selamat mengundi!

No comments:

Post a Comment