Showing posts with label Mubarak. Show all posts
Showing posts with label Mubarak. Show all posts

Thursday, 24 November 2011

Erdogan Idola Baru


Apabila Perdana Menteri Turki, Reccep (baca Rashid) Tayyip Erdogan berkunjung ke Mesir, sambutan yang diterimanya sangat luar biasa. Rakyat Mesir berkumpul, melaung-laungkan namanya sambil menjulang gambarnya. Seolah-olah menyambut Presiden mereka sendiri. Situasi ini menggambar kepimpinan Erdogan disanjung tinggi masyarakat Islam khususnya rakyat Mesir, tentu disebabkan cara Erdogan menonjolkan wataknya dalam arena politik antarabangsa. Memang Erdogan kini muncul tokoh pemimpin Islam paling menonjol, melebihi Mahmoud Ahmedinejad dan para pemimpin lain.

Friday, 4 February 2011

Kebangkitan Rakyat Mesir

Huru hara yang berlaku di Mesir sekarang sepatutnya dapat dielakkan andainya Presiden Mubarak memahami dengan sedalamnya fungsi beliau sebagai pemimpin. Apa yang lebih utama bagi Mubarak? Kerusi presiden atau nyawa rakyatnya? Apabila puluhan nyawa melayang namun beliau masih enggan berundur, maka jelaslah bahawa kepentingan rakyat tidaklah menjadi keutamaannya. Beliau boleh mendakwa bahawa majoriti masih memilihnya untuk memimpin Mesir, tetapi apakah alasan  itu berbaloi untuk angka korban yang bakal meningkat setiap hari.

Mubarak dengan sewenangnya menggunakan polis dan tentera untuk menidakkan kebangkitan rakyat, malahan mereka yang melepaskan tembakan rambang ke atas orang awam juga dikatakan adalah pihak polis dan tentera yang berpakaian awam. Mereka dikatakan menyamar sebagai penyokong kerajaan. Kita juga tidak terkejut bila mendengar berita Israel menghulurkan bantuan persenjataan kepada Mubarak untuk mengatasi penentangan rakyat Mesir, kerana sememangnya kita tahu bahawa Mubarak sentiasa menjadi sekutu Israel untuk menekan Palestin. Pintu-pintu sempadan Mesir-Palestin ditutup untuk menghalang bekalan dan bantuan ke Palestin. Itulah rupa sebenar Hosni Mubarak.

Pada usia 82 tahun mungkin Mubarak merasakan beliau masih cukup gagah untuk bergelar preisden, tetapi kita percaya rakyat yang bangkit tidak akan berundur selagi Mubarak tidak disingkirkan. Kita percaya masanya pasti akan tiba. Apatah lagi setelah melihat rakan-rakan yang terkorban di hujung senjata penembak-penembak curi upahan yang bacul.
Suara rakyat suara keramat!