Showing posts with label Gaza. Show all posts
Showing posts with label Gaza. Show all posts

Saturday, 2 October 2010

Palestin : Tanggungjawab Persaudaraan dan Kemanusiaan

Keganasan yang dilakukan oleh Yahudi Israel di Gaza, Palestin amat memilukan. Ia bukan sahaja mencabar perasaan persaudaraan Islam atau ukhuwwah Islamiyyah kita, bahkan ia telah melampaui batas nilai kemanusiaan sejagat.
Setiap kali rakyat Gaza dibunuh kejam, di mana Amerika yang kononnya berjuang memerangi pengganas? Sebaliknya jika ada kegiatan ganas yang konon dilakukan oleh Muslim, pasti sahaja tindakan membabi buta mereka ambil atas alasan memerangi keganasan.
Namun setiap kali Israel melakukan keganasan, Amerikalah yang akan mempertahankannya. Tidak keterlaluan jika Amerika itu digelar syaitan. Bahkan pernah ketika Gaza diserang ganas oleh Israel, Bush (Presiden ketika itu) mengistiharkan HAMAS itulah pengganas. Malanglah umat Islam jika masih ingin mengharapkan sesuatu dari Amerika.