Seringkali bila disebut sejarah kemerdekaan Tanah Melayu ini, maka nama Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman akan disebut sebagai tokoh yang memainkan peranan utama. Mereka berdua adalah pemimpin UMNO peringkat awal dulu. Bukan hendak dinafikan peranan mereka berdua, tetapi dijelaskan bahawa bukanlah mereka berdua sahaja yang berjuang untuk kemerdekaan. Ada ramai lagi tokoh-tokoh lain yang sepatutnya disebut sama. Malah ramai tokoh-tokoh lain yang lebih ‘senior’, yang bergerak lebih awal dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.
Showing posts with label Burhanuddin al-Helmi. Show all posts
Showing posts with label Burhanuddin al-Helmi. Show all posts
Thursday, 22 September 2011
Friday, 16 September 2011
Jihad Melawan Penjajah
Perkataan jihad sering dipandang sinis oleh sesetengah pihak. Bukankah dalam sejarah bangsa kita yang belum begitu lama telah menyaksikan semangat menentang penjajahan, yang membariskan nama-nama seperti Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Dol Said, Rosly Dhobi, Mat Salleh, Dr. Burhanuddin El-Helmi, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob dan ramai lagi. Sebenarnya lebih ramai dari pejuang-pejuang tanah air kita ini pergi tanpa meninggalkan nama, tidak diketahui kisahnya, malahan namanya pun tidak dikenali generasi kini. Ternyata pengorbanan mereka itu bukan untuk mencari nama, pangkat, kedudukan dan ganjaran di dunia ini. Hanya Tuhan yang akan menentukan ganjarannya di akhirat nanti. Ditakdirkan juga nama-nama pejuang ini seakan tenggelam di kala negara diisytihar merdeka pada 1957. Muncul nama-nama seperti yang kita sering dengar sekarang disanjung sebagai para pejuang kemerdekaan. Lembu punya susu, sapi punya nama.
Tuesday, 5 April 2011
PKMM
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan parti politik Melayu pertama yang ditubuhkan selepas zaman penjajah Jepun. Ia juga dikenali sebagai Parti Nasionalis Melayu (PNM) atau Malay Nationalist Party. PKMM telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Penubuhan PKMM bertunjangkan matlamat utamanya iaitu memperjuangkan kemerdekaan penuh bagi Semenanjung Tanah Melayu dari sebarang bentuk penjajahan kerajaan British. Dengan itu slogannya ialah “Merdeka” dan benderanya berwarna merah putih. Selain itu PKMM juga turut berjuang untuk meningkatkan pencapaian orang-orang Melayu dalam bidang pendidikan, sosial dan ekonomi selaras dengan kedudukan bangsa Melayu sebagai bumiputera di negara ini.Saturday, 19 February 2011
Leftenan Kolonel Zulkifli Awnie
Pernah dengar nama Zulkifli Awnie? . Beliau adalah pegawai memerintah tentera Medan, Indonesia, dengan pangkat Leftenan Kolonel Zulkifli Awnie. Jadi apa kena mengena nama ini dengan kita rakyat Malaysia? Walaupun ramai yang tidak mengenalinya malahan tidak pernah mendengar namanya, namun beliau sebenarnya merupakan satu tokoh penting yang terlibat dalam perjuangan menuntut kemerdekaan negara kita. Ya, beliau berasal dari Malaysia, dilahirkan di Bekor, Daerah Manung, Perak.
Subscribe to:
Posts (Atom)